Wednesday, February 24, 2010

salahkah aku

memang salahku kerana mempercayaimu,
hanya kerana mukamu yang suci itu,
memang salahku kerana menyayangimu,
yang tidak cuba untuk mengenal diri ini.

aku mencipta bukan untuk menyakiti,
aku membina bukan untuk menghina,
tetapi aku hanya ingin memberi,
memberikanmu tentang perasaan ini.

mengapa kau meminta,
sedangkan kau tidak mampu untuk dipinta,
dan mengapa kau mengharapkan,
sedangkan kau begitu payah untuk diharapkan.


maafkan aku andai biadap,
aku hanya mampu berharap,
agar akan ada suatu saat,
kau bisa memahami diri.


- cik syee -

Saturday, February 20, 2010

keakraban yang hilang

kau dan aku di situ..
di bawah panas mentari,
namun kita tetap menanti,
menanti apa yang ada di situ..

kau dan aku di sini..
setia berdiri disisi,
kesabaranmu menghiasi.
menghiasi kita di sini..

begitu masa berlari laju..
kau dan aku tiada di situ,
kau dan aku tiada di sini,
kemana lagi harus ku tuju laju..

kau pergi ku lari,
begitukah kesudahannya,
kesudahannya keakraban kita.
yang dulu janjinya pernah terpatri..


- 18 february 2010 ; 11,12 pm -
- cik syee -

Sunday, January 3, 2010

pujian dalam kehinaan

kau kata aku lawa.
aku kata kau cantik.
kau kata aku pandai.
aku kata kau bijak.
kau kata aku bagus.
aku kata kau hebat.
kau kata aku baik.
aku kata kau sempurna.
apa yang kau kata, aku kata.
sudah menjadi lumrah hidup..
kau puji aku, aku puji kau.
tetapi..
bagi aku..aku tak hidup untuk pujian.
dan aku tak hidup untuk kehinaan.
aku hidup untuk mencari makna
pujian dalam kehinaan..


- tarikh ; 1 Januari 2009 ; 1.04 am -
- cik syee -

Thursday, December 31, 2009

aku juga seperti mu

pernah suatu masa dahulu..
aku diam. dan terus menghilang.
maafkan aku..
sesungguhnya..
diamku tidak bermakna aku telah melupakanmu
hilangku tidak bermakna untuk selamanya.
tetapi..
aku hanya mengambil sedikit ruang untuk
tenangkan hatiku.
aku hanya ingin mencari laluan ku yang benar.
percayalah..
aku masih seperti dulu..
masih seperti yang pernah kau kenali..
seorang yang tulus menyayangi dirimu..




- tarikh ; 31 Disember ; 10.40 pm -
- cik syee -

aku sayang kamu

kadang-kadang aku malu.
kadang-kadang aku kelu.
selalu aku penting diri.
selalu aku berdiam diri.
akhirnya..
kau terus berlalu.
kau tiada lagi disisi.
sungguh aku menyesal..
andai aku boleh hentikan masa..
akan aku hentikan juga langkah mu..
dan akan aku nyatakan padamu..
sungguh..
aku sayang kamu..


- tarikh ; 31 Disember ; 10.58 pm -
- cik syee -

Monday, December 28, 2009

jangan takut pada kehilangan

mengapa ada yang tiba dan sebentar lagi pergi?
dan mengapa pula dia muncul dan tiba-tiba hilang?
untuk apa pula terciptanya sebuah pertemuan andai akhirnya berlaku perpisahan?
terlalu banyak persoalan yang tercipta jika kita kehilangan..
kehilangan sesuatu yang kita sayang.
namun, hanya ada satu jawapan untuk berbagai soalan itu..
ini adalah caraNya untuk menguji kekukuhan iman seseorang.
apabila orang yang kita sayang tiada disisi,
dan jika kita fikir kita tidak punya sesiapa lagi disini untuk menemani..
SUBHANALLAH!
betapa jahilnya kita??
sedangkan pada dasarnya, kita masih ada Dia.
Satu-SatuNya yang bisa memahami, mendengar dan memberi..
apa yang kita inginkan.
jadi..
untuk apa kita perlu takut pada suatu kehilangan??
jika kehilangan itu sebenarnya mengukuhkan lagi,
keimanan kita?
WALLAHUA'LAM.


- tarikh ;28 Disember 2009 ' 2.14 am -
- cik syee -

Sunday, December 27, 2009

dipaksa terpaksa memaksa

dipaksa, terpaksa dan memaksa.
tiga perkataan yang terus berlegar di kotak fikiran aku.
aku dipaksa untuk terpaksa memaksa diri aku
untuk sesuatu yang sukar untuk aku relakan.
pintaku dariNya, relakan hatiku agar
aku bisa menerima sesuatu yang terpaksa itu.
insyaAllah.


- tarikh ; Disember 2009 -
- cik syee -