Thursday, December 31, 2009

aku juga seperti mu

pernah suatu masa dahulu..
aku diam. dan terus menghilang.
maafkan aku..
sesungguhnya..
diamku tidak bermakna aku telah melupakanmu
hilangku tidak bermakna untuk selamanya.
tetapi..
aku hanya mengambil sedikit ruang untuk
tenangkan hatiku.
aku hanya ingin mencari laluan ku yang benar.
percayalah..
aku masih seperti dulu..
masih seperti yang pernah kau kenali..
seorang yang tulus menyayangi dirimu..




- tarikh ; 31 Disember ; 10.40 pm -
- cik syee -

aku sayang kamu

kadang-kadang aku malu.
kadang-kadang aku kelu.
selalu aku penting diri.
selalu aku berdiam diri.
akhirnya..
kau terus berlalu.
kau tiada lagi disisi.
sungguh aku menyesal..
andai aku boleh hentikan masa..
akan aku hentikan juga langkah mu..
dan akan aku nyatakan padamu..
sungguh..
aku sayang kamu..


- tarikh ; 31 Disember ; 10.58 pm -
- cik syee -

Monday, December 28, 2009

jangan takut pada kehilangan

mengapa ada yang tiba dan sebentar lagi pergi?
dan mengapa pula dia muncul dan tiba-tiba hilang?
untuk apa pula terciptanya sebuah pertemuan andai akhirnya berlaku perpisahan?
terlalu banyak persoalan yang tercipta jika kita kehilangan..
kehilangan sesuatu yang kita sayang.
namun, hanya ada satu jawapan untuk berbagai soalan itu..
ini adalah caraNya untuk menguji kekukuhan iman seseorang.
apabila orang yang kita sayang tiada disisi,
dan jika kita fikir kita tidak punya sesiapa lagi disini untuk menemani..
SUBHANALLAH!
betapa jahilnya kita??
sedangkan pada dasarnya, kita masih ada Dia.
Satu-SatuNya yang bisa memahami, mendengar dan memberi..
apa yang kita inginkan.
jadi..
untuk apa kita perlu takut pada suatu kehilangan??
jika kehilangan itu sebenarnya mengukuhkan lagi,
keimanan kita?
WALLAHUA'LAM.


- tarikh ;28 Disember 2009 ' 2.14 am -
- cik syee -

Sunday, December 27, 2009

dipaksa terpaksa memaksa

dipaksa, terpaksa dan memaksa.
tiga perkataan yang terus berlegar di kotak fikiran aku.
aku dipaksa untuk terpaksa memaksa diri aku
untuk sesuatu yang sukar untuk aku relakan.
pintaku dariNya, relakan hatiku agar
aku bisa menerima sesuatu yang terpaksa itu.
insyaAllah.


- tarikh ; Disember 2009 -
- cik syee -

Tuesday, December 22, 2009

it is worth?

there is something that we want it
much!
but, is it something that
worth much??



- tarikh ; November 14 ; 1.52 pm -
- cik syee -

terpaksa dan rela

terfikir ;
terpaksa menerima kebenaran
atau
dengan rela
menerima penipuan??


- tarikh ; 28 November ; 9.14 pm -
- cik syee -

waiting and accepting

sometimes its getting hard
waiting
for someone than
accepting
the one.



- tarikh ; Oktober 2009 -
- cik syee -

memiliki yang tidak pasti

hari ini kita gembira kerana kita dapat memiliki dia.
tapi,
adakah dia gembira kerana kita menjadi miliknya?
hari ini kita gelisah tanpa merenung matanya.
tapi,
adakah dia turut gelisah tatkala matanya tidak direnung?
kita memiliki dia.
namun,
adakah kita dimiliki dia?
hati seseorang tidak mudah untuk kita fahami,
sehinggalah dia mengungkapkan..
kata-kata itu.



- tarikh ; September 2009 -
- cik syee -

merasakan sesuatu

terasa kehilangan saat dia hilang.
terasa kekosongan saat dia pergi.
terasa kesepian saat sendirian.
namun,
kehilangan tidak akan terasa jika kita
bijak untuk mengisi kekosongan dengan
sesuatu yang bisa membuatkan kita berfikir
bahawa,
kita tidak pernah bersendirian.





- tarikh ; 21 Disember 2009 ; 2.30 am -
- cik syee -

assalamualaikum. :)

blog ni bertujuan untuk meng'show'kan apa yang ada dalam fikiran
aku.
aku tulis berdasarkan apa yang aku nampak, rasa dan faham.
semua yang ada adalah 110% aku create.
tak tiru mana-mana.
kalau ada yang sama mungkin hanya suatu kebetulan.
semoga korang happy membaca.
:))